Home » » Padah cuba samun polis, lelaki ditembak mati di Petaling Jaya

Padah cuba samun polis, lelaki ditembak mati di Petaling Jaya




KUALA LUMPUR 24 Mei - Seorang lelaki ditembak mati selepas cuba menyamun seorang anggota polis berpakaian biasa yang sedang mendeposit wang di sebuah bank di Damansara Utama awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, koperal polis berkenaan dihampiri seorang lelaki yang mengugutnya menggunakan pisau pemotong daging.


"Setelah diugut untuk dicederakan, mangsa menyerahkan sejumlah wang tunai, telefon bimbit dan kunci kereta. Suspek kemudian cuba melarikan diri menggunakan kereta Myvi milik mangsa namun dihalang anggota polis itu.

"Akibat berang, suspek menyerang mangsa dengan mengacukan pisau dan berlaku pergelutan sehingga mangsa terpaksa melepaskan beberapa das tembakan mengenai suspek menyebabkan lelaki itu mati di tempat kejadian," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata, suspek warga tempatan berumur 43 tahun itu sebelum ini pernah ditahan atas kesalahan kes pecah rumah, dadah dan curi kereta.

Arjunaidi berkata anggota polis berusia 34 tahun itu bertugas di Balai Polis Kampung Baru Subang, dekat sini. - BERNAMA


Artikel Penuh: 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

0 comments:

Post a Comment

Kawan Punya Blog

Popular Posts

crazylove69. Powered by Blogger.