Home » » LIONSXII kembali di puncak liga

LIONSXII kembali di puncak liga

Pasukan LIONSXII berjaya memintas Darul Takzim untuk mendahului Liga Super selepas menumpaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-1 di Stadium Jalan Besar

Kemenangan itu adalah kemenangan ketujuh LIONSXII berturut-turut di laman sendiri.

LIONSXII turun tempang tanpa pemain tonggak, Safuwan Baharuddin dan Baihakki Khaizan yang digantung dan memaksa Hariss Harun dan Shakir Hamzah mengisi tempat mereka.

Pasukan tuan rumah mendahului perlawanan pada minit ke-27 hasil jaringan pemain muda, Shahfiq Ghani.
Isa Halim melakukan hantaran jauh yang disambut oleh Shahril Ishak. Shahril terus melorongkan bola rendah kepada Shahfiq yang merembat masuk jaringan pertama perlawanan.

Tiga minit sebelum separuh masa pertama tamat, LIONSXII mendapat sepakan penalti apabila Nazrul Nazari dijatuhkan oleh Amirizdwan Taj dalam kotak penalti.

Shahril Ishak dengan mudah menyempurnakan jaringan penalti dan meletakkan LIONSXII 2-0 di hadapan.
Pada babak kedua, ATM cuba bangkit apabila Marlon Alex James membolosi gawang pasukan tuan rumah.

Ternyata LIONSXII kebal di kandang sendiri apabila Shahfiq sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-70 untuk memberikan kemenangan 3-1 kepada LIONSXII.
Sumber - #foxsport


0 comments:

Post a Comment

Kawan Punya Blog

Popular Posts

crazylove69. Powered by Blogger.