Home » » Fergie: Rooney tak akan sertai PSG

Fergie: Rooney tak akan sertai PSG

Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson yakin Wayne Rooney tidak akan berpindah ke Paris St Germain musim panas ini.

Masa depan Rooney sekali lagi menjadi topik hangat selepas seorang pengulas terkenal di Perancis mendakwa pemain berusia 27 tahun itu "sah akan menyertai PSG" musim panas ini.

Rooney juga baru-baru ini telah diarah oleh Ferguson untuk bermain di posisi yang beliau kurang selesa dan beliau tidak kelihatan begitu gembira apabila digantikan Ryan Giggs di perlawanan menentang West Ham Rabu lalu.

Sebelum ini, Ferguson telah menegaskan Rooney akan berada di Old Trafford musim depan dan tidak menjangkakan beliau akan berpindah ke Perancis.

"Tidak, saya tidak rasa beliau akan berpindah ke kelab lain," beliau berkata.

Tetapi Ferguson tidak berkata bila penyerang England itu akan menandatangani kontrak baru di United.

"Saya tidak boleh memberitahu anda tentang perkara itu," beliau berkata.

Sukar untuk lihat spekulasi tentang masa depan Rooney lesap sehingga beliau menandatangani kontrak baru.
Sumbangan Robin van Persie kepada United musim ini telah membuktikan Ferguson tepat untuk menandatangni penyrang Belanda itu daripada Arsenal.

Di samping itu, Ferguson juga mempunyai Javier Hernandez dan Danny Welbeck, manakala Shinji Kagawa telah menunjukkan beliau mempunyai kualiti yang hebat.

Dan dengan United terus dikaitkan dengan Robert Lewandowski dan Radamel Falcao, tidak hairan ramai yang mengatakan masa Rooney di United akan tamat tidak lama lagi.

"Saya menggantikannya di perlawanan West Ham kerana Shinji sedang bermain lebih baik daripadanya," kata Ferguson.

"Wayne Rooney bermain lebih baik daripada pemain-pemain lain di kebanyakkan perlawanan tetapi pada malam itu, Shinji bermain dengan lebih baik," Ferguson berkata.
Sumber - #foxsport

0 comments:

Post a Comment

Kawan Punya Blog

Popular Posts

crazylove69. Powered by Blogger.