Home » » Tauke daun ketum tumpas

Tauke daun ketum tumpas


JITRA - Kegiatan seorang mekanik yang menjalankan aktiviti pengedaran daun ketum akhirnya terbongkar apabila polis daripada Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu menyerbu rumahnya di Kampung Pida, mukim Jerlun di sini malam kelmarin.
Serbuan dilakukan kira-kira pukul 10.05 malam setelah menerima maklumat berhubung aktiviti pengedaran daun ketum yang berleluasa di kawasan Ayer Hitam.
Dalam serbuan tersebut, polis merampas 1,836 bungkusan plastik lutsinar yang me
ngandungi tumbuhan disyaki daun ketum dengan berat kira-kira 270 kilogram yang nilainya dianggarkan kira-kira RM4,050.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohd. Yusoff berkata, ketika serbuan dibuat, lelaki berusia 42 tahun itu sedang berehat di ruang tamu rumahnya.
"Selepas pemeriksaan, kita menjumpai dua kunci di dalam poket seluar jean yang dipakainya dan apabila ditanya lelaki itu memberitahu bahawa ia merupakan kunci stor.
"Anggota polis kemudian memeriksa stor berkenaan dan menemui longgokan bungkusan plastik lutsinar mengandungi daun disyaki daun ketum," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar yang diadakan di IPD Kubang Pasu di sini semalam.


Artikel Penuh:
Hakcipta terpelihara 


0 comments:

Post a Comment

Kawan Punya Blog

Popular Posts

crazylove69. Powered by Blogger.