Home » » TANAH RUNTUH: KESESAKAN TERUK DI IBU NEGARA

TANAH RUNTUH: KESESAKAN TERUK DI IBU NEGARA


Kuala Lumpur, 8 Mei - Lalu lintas di sebahagian ibu negara sesakteruk hari ini berikutan penutupan jalan untuk membersihkan kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang di beberapa lokasi di bandar raya ini.


Jurucakap Bilik Gerakan Polis Trafik Kuala Lumpur berkata antara jalan yang ditutup ialah dari Jalan Mahameru ke Jalan Tun Razak, Jalan Sultan Salehuddin di belakang Bank Negara dan kedua-dua hala Jalan Ampang ke Bukit Nanas.

Kesemua laluan itu ditutup berikutan berlaku tanah runtuh dan pokok tumbang di Jalan Mahameru dan berhampiran stesen LRT Dang Wangi akibat hujan lebat malam tadi.

Keadaan itu menyebabkan kesesakan melebihi 10 kilometer bermula dari arah Sungai Besi, kata jurucakap itu ketika dihubungi.

Beliau berkata beberapa anggota polis trafik ditempatkan di lokasi terlibat bagi mengawal lalu lintas.

"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang membersihkan kawasan terlibat termasuk di kawasan yang berlaku kejadian tanah runtuh kecil tetapi laluan tidak ditutup untuk kenderaan iaitu di Jalan Kasah di Bukit Damansara dan Jalan Klang Lama di Taman Shanghai," katanya.

Pada 7 malam tadi, sembilan kereta tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Ampang berhadapan Stesen LRT Dang Wangi. - BERNAMA



0 comments:

Post a Comment

Kawan Punya Blog

Popular Posts

crazylove69. Powered by Blogger.