Home » » Pencuri malang teruk dibelasah

Pencuri malang teruk dibelasah




MIRI - Malang menimpa seorang pencuri apabila bukan sahaja ditinggalkan rakannya, malah cedera selepas teruk dibelasah sekumpulan penduduk kampung ketika cuba memecah masuk sebuah rumah yang tidak berpenghuni di Permyjaya di sini semalam.
Kejadian pukul 6 pagi itu berlaku apabila seorang penduduk ternampak kelibat dua lelaki itu dalam keadaan mencurigakan di rumah jirannya yang tidak berpenghuni sebelum dia bertindak memberitahu orang lain.
Sumber berkata, mereka kemudian telah menangkap dua lelaki berkenaan namun salah seorang daripada mereka berjaya meloloskan diri.
Katanya, penduduk kemudian bertindak membelasah lelaki berusia lingkungan 30-an itu sebelum diserahkan kepada polis.


Artikel Penuh:
Hakcipta terpelihara 

0 comments:

Post a Comment

Kawan Punya Blog

Popular Posts

crazylove69. Powered by Blogger.