Home » » Pelakon lari selamatkan diri

Pelakon lari selamatkan diri


CANNES, Perancis 18 Mei - Pelakon Christoph Waltz dan Daniel Auteuil terpaksa bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila seorang lelaki melepaskan tembakan semasa sebuah stesen televisyen sedang bersiaran secara langsung pada Festival Filem Cannes di sini, semalam.



Stesen televisyen Perancis, Canal+ pada ketika itu sedang menemuramah Waltz dan Auteuil secara langsung untuk siaran beritanya sebelum seorang lelaki secara tiba-tiba melepaskan dua das tembakan ke udara.
''Pengawal-pengawal peribadi meluru ke arah lelaki itu dan menolaknya ke lantai.

''Polis yang tiba memberitahu orang ramai supaya melarikan diri kerana suspek turut memegang sebutir bom tangan,'' kata seorang saksi, Arthur Laiguesse kepada Reuters.

Polis yang menahan lelaki itu kemudiannya mendapati suspek membawa sebutir bom tangan palsu dan sepucuk pisau.

''Nampaknya suspek seperti seorang lelaki gila,'' kata sumber polis.

Selepas lelaki itu dibawa pergi, penerbit rancangan berkenaan meminta orang ramai supaya kembali kerana rancangan itu mesti diteruskan.

Waltz dan Auteuil, merupakan juri bagi Festival Filem Cannes dan akhirnya kembali ke set program itu.

Kejadian tembakan itu merupakan insiden kedua pada hari ketiga sepanjang 12 hari festival selepas barangan kemas jenama mewah, Chopard dianggarkan bernilai AS$1 juta (RM3.1 juta) yang bakal diperagakan oleh bintang-bintang terkenal pada majlis tersebut dicuri. - REUTERS


Artikel Penuh:
© Utusan Melayu (M) Bhd 


0 comments:

Post a Comment

Kawan Punya Blog

Popular Posts

crazylove69. Powered by Blogger.