10 das dilepaskan
Kulim: Seorang pemandu lori maut selepas ditembak penyerang tidak dikenali di persimpangan lampu isyarat di Taman Kuchai Lama, dekat Lunas, di sini, malam kelmarin.
Mangsa, K Thangaraja, 31, ditemui mati berlumuran darah di dalam kereta jenis Perodua Alza miliknya, selepas kenderaan dipandunya itu terbabas ke longkang berhampiran persimpangan lampu isyarat terbabit.
Ketika kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Perak, di sini, menuju ke arah Lebuhraya Butterworth-Kulim (KBE), kira-kira jam 8.45 malam.
Berdasarkan maklumat, orang ramai pada mulanya mengesyaki mangsa terbabit kemalangan selepas gagal mengawal Perodua Alza dipandunya sebelum kenderaan itu terbabas dan terjunam ke longkang. Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati mangsa sebenar maut akibat ditembak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, ketika ditemui mengesahkan kejadian itu yang kemudian disahkan membabitkan insiden jenayah.
Mohd Nashir berkata, pihaknya percaya sekurang-kurangnya 10 das tembakan dilepaskan ke arah mangsa yang ketika itu sedang memandu, susulan penemuan 10 kelongsong peluru bertaburan di atas jalan kira-kira 80 meter daripada lokasi kenderaan mangsa terbabas.
0 comments:
Post a Comment