Pereka fesyen tanah air bertaraf antarabangsa, Calvin Thoo diberitakan telah memeluk agam Islam. Sejak semalam, nama jejaka ini menjadi bualan di laman sosial Twitter dan ramai memperkatakan tentang Calvin telah bergelar saudara baru (mualaf).
Di beberapa blog di internet menyebut, Calvin Thoo telah mengucap dua
kalimah syahadah pada jam 3 petang semalam dengan disaksikan Ustaz Dato'
Ismail Kamus, Dato' Dr. Asri Zainal Abidin dan YB Ust. Solihin Mokhyi.
Dalam sebuah blog menyebut Calvin menyatakan beliau menerima
hidayah untuk memeluk islam selepas beliau mendapat satu mimpi dan dalam
mimpi itu beliau bersyahadah.
Calvin sudah berkecimpung dalam dunia industri rekaan dan fesyen sejak
lebih 17 tahun. Beliau mempunyai label jenama sendiri dan butik yang
terletak di tingkat 4,pusat
membeli belah Lot 10. Calvin juga sering menjadi pereka fesyen untuk
artis tanah air sempena acara besar seperti ABPBH, Minggu Fesyen Kuala
Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia, Festival Fesyen Islam KL
dan banyak lagi.
0 comments:
Post a Comment