Akhir Bahari mencipta peluang pertama dalam perlawanan apabila menggelecek masuk ke dalam kotak penalti tetapi beliau akhirnya dihalang Tales Dos Santos pada minit kelapan. Seminit kemudian sepakan percuma Iskandar Hanapiah ditanduk dengan baik oleh pemain pertahanan Syawal Nordin tetapi percubaannya tersasar.
Brunei mendapat sepakan penjuru pertama pada minit ke 13 tetapi hantaran Rosmin Kamis ditendang keluar dengan senang oleh Ashmawi Yakin. Sepakan penjuru kedua berturut-turut pula ditumbuk keluar dengan baik oleh penjaga gol Ilham Amirullah.
Harimau Muda kemudian merampas pengusaan kawalan bola dan meletakkan tekanan atas benteng pertahanan Brunei dengan serangan bertubi-tubi pada minit ke 26 tetapi sepakan penjuru Iskandar Hanapiah ditendang keluar oleh Dos Santos, yang turut menangani dua lagi sepakan penjuru berturut-turut.
Brunei cuba bangkit pada minit ke 30 dengan rembatan penyerang Joao Moreira dari hantaran jauh Dino Drpic tetapi Ilham menyelamatkannya dengan senang. Ketua pasukan Rosmin kemudian menghantar bola kepada Shahrazen Said yang melepasi perangkap ofsaid Harimau dengan baik tetapi percubaannya tersasar.
Pasukan pelawat kelihatan agak lemah terutama selepas kehilangan Moreira yang digantikan oleh Adi Said pada minit ke 40 akibat kecederaan. Harimau cuba mengambil kesempatan dengan gerakan cantik antara Iskandar dan Faizat di sayap kanan tetapi rembatan Akhir pada minit terakhir babak pertama tersasar.
Harima Muda mula separuh masa kedua dengan baik dan mengancam dengan gerakan serangan pertama hasil usaha Maxsius Musa dan Iskandar di bahagian sayap tetapi Dos Santos menyelamatkan pasukan sekali lagi dengan gawang terbuka.p
Faizat akhirnya menjaringkan gol pembukaan pada minit ke 47 hasil hantaran silang Akhir yang tepat dengan rembatan deras lepas penjaga gol Wardun Yussof. Brunei mendapat tendangan percuma lima minit kemudian apabila Ashmawi mengasari Ivan Bosnjak di sayap kiri tetapi tendangan percuma Rosmin gagal mendatangkan hasil.
Jurulatih terbaik Liga Singapura musim lepas Vjeran Simunic cuba mempengaruhi perlawanan dengan menggantikan Ivan untuk Awangku Fakharrazi dan pasukan pelawat menguasai perlawanan seketika. Gerakan cantik Shahrazen dan Adi Said berakhir dengan sepakan penjuru yang disia-siakan Rosmin pada minit ke 66.
Dua minit kemudian, Akhir mengancam dengan rembatan deras dari luar kotak penalti yang terkena tiang gol dan tandukan Maxsius pula tersasar. Maxsius kembali mengancam sepuluh minit kemudian dengan gol kedua hasil rembatan Faizat yang melantun kepadanya dan pemain sayap itu menyepak masuk bola dengan senang.
Walau bagaimanapun Brunei tidak menyerah diri dan meneruskan perjuangan. Dos Santos mengambil kesempatan dari kekurangan persefahaman dalam benteng pertahanan Harimau pada minit ke 84 dengan gol mudah dari dalam kotak penalti
Sumber #Foxsport
0 comments:
Post a Comment