Home » » Dipijak penjenayah hingga pipi koyak

Dipijak penjenayah hingga pipi koyak



Alor Gajah: Dua pekerja sebuah kilang besi buruk menempuh detik menakutkan apabila dikejutkan dengan kehadiran lima penjenayah dalam kejadian samun di Pulau Sebang, dekat sini, kelmarin.
Lebih mengejutkan, mangsa bukan saja ditendang dalam keadaan tangan terikat, malah seorang dari mereka cedera di muka akibat dipijak kumpulan penjenayah terbabit. 


Difahamkan, dalam kejadian jam 7 pagi itu, A Tirunavukarasu, 36, bersama rakannya iaitu seorang lelaki warga emas berusia 62 tahun tidur sebelum terdengar pintu kabin ditendang seseorang.

Tirunavukarasu berkata, dia terjaga selepas terdengar pintu ditendang lalu bangun dan membuka pintu sebelum muncul seorang lelaki mencengkam leher dan menendangnya hingga ke belakang.
“Lelaki itu dengan bengis arahkan saya supaya jangan bising dan meniarap atas lantai sebelum kedua-dua tangan diikat ke belakang menggunakan wayar kabel.

0 comments:

Post a Comment

Kawan Punya Blog

Popular Posts

crazylove69. Powered by Blogger.