Saya rasa memang dah lama kita semua memikirkan mana satu yang lebih sihat, putih telur atau pun kuning telur? Kadang-kadang ada artikel yang memberitahu putih telur lebih baik, kerana kurang kolesterol berbanding kuning telur. Tapi ada juga artikel yang memberitahu kuning telur pula lebih sihat, kerana mengandungi bahan yang tidak ada pada putih telur. Hmm.. Jom kita tengok semua kandungan dan khasiat yang ada pada putih telur dan kuning telur.
Kolesterol
Kuning telur rata-ratanya mengandungi 210 mg kolesterol, manakala putih
telur pula tidak mengandungi kolesterol langsung. Namun pengambilan
210mg kolesterol untuk sehari masih dikira ok berbanding pengambilan
sepatutnya, iaitu 300mg sehari.
Lemak
Telur kuning mengandungi 1.6g lemak tepu dan 2.7g lemak tidak tepu.
Putih telur tidak mengandungi lemak. Pengambilan lemak tepu yang
berlebihan perlu dikawal bagi mengurangkan risiko sakit jantung, namun
pengambilan lemak tak tepu adalah penting. Ini kerana ianya memainkan
peranan penting dalam sesebuah diet yang sihat.
Protein
Kedua-dua bahagian telur iaitu putih telur dan kuning telur mengandungi
protein, dengan 4g di dalam putih telur dan 2.7g di dalam kuning telur.
Kandungan protein di dalam sebiji telur adalah dianggap lengkap dan
menyediakan sepenuhnya keperluan asid amino untuk badan. Protein juga
membantu mengurangkan rasa lapar, sekaligus menghalang daripada tabiat
terlebih makan.
Vitamin dan Garam Mineral
Sesetengah vitamin dan garam mineral yang baik terkandung dalam
kedua-dua bahagian telur. Putih telur mengandungi 8% riboflavin yang
diperlukan badan. Kuning telur pula mengandungi 5% keperluan badan untuk
Vitamin A, 14% Vitamin B-12 yang diperlukan dalam keperluan seharian.
Sekali dilihat kuning telur seperti mempunyai kandungan bahan yang lebih
tidak menyihatkan, sebenarnya kuning telur juga mempunyai bahan
tambahan lain yang lebih baik untuk kesihatan. Contohnya kuning telur
juga mengandungi lecithin dan lemak omega-3 yang sihat.
Lecithin selalunya disyorkan untuk orang yang mempunyai tahap kolesterol
yang tinggi, manakala lemak omega-3 pula disyorkan bagi merawat masalah
yang berkaitan dengan kardiovaskular.
Selain itu, kuning telur juga mengandungi lebih banyak vitamin dan
mineral penting yang tiada dalam putih telur, termasuk vitamin larut
lemak: E, D dan K. Kuning telur juga merupakan salah satu sumber
semulajadi utama bagi mendapatkan Vitamin D.
Kesimpulannya, memilih bahagian telur yang disingkirkan hanya akan
memberikan kesan negatif untuk kesihatan. Apatah lagi setiap bahagian
telur, sama ada putih telur atau kuning telur masing-masing mempunyai
kandungan nutrisi yang saling melengkapi antara satu sama lain.
Sekalipun kuning telur mengandungi kalori, lemak dan kolesterol, tetapi
juga ia merupakan sumber utama bagi vitamin dan mineral penting yang
lain.
Bahagian yang paling sihat untuk sebiji telur? Semuanya!
terima kasih kerana sudi kongsikan artikel saya di sini.. ;)
ReplyDeleteboleh juga tengok artikel asal di:
http://www.cikguhailmi.com/2013/04/putih-telur-kuning-telur-mana-yang-lebih-sihat.html