Home » » United merangkul kejuaraan BPL ke 20 - RVP hatrik

United merangkul kejuaraan BPL ke 20 - RVP hatrik

Penyerang antarabangsa Belanda Robin van Persie muncul dengan hatrik dalam kemenangan 3-0 atas Aston Villa.


Penyerang yang berusia 29 tahun itu menjaringkan gol pembukaan selepas hanya 90 saat sebelum menambah satu lagi pada minit ke 13 dan yang terakhir dua puluh minit kemudian.
Jonny Evans dan Phil Jones bermain di tengah benteng pertahanan sementara pemain veteran Ryan Giggs dan Michael Carrick bermain di posisi tengah bahagian midfield.
Pengurus Aston Villa Paul Lambert membuat satu pertukaran dengan memilih Gabriel Agbonlahor di tonggak serangan dan beliau mengambil alih tempat Jordan Bowery.
Ryan Giggs mencipta gol pertama selepas hanya 83 saat dengan hantaran baik yang disepak masuk oleh Van Persie dengan senang untuk membuka tirai.
Van Persie hampir-hampir menambah satu lagi seminit kemudian tetapi percubaannya melambung tinggi sebelum Ron Vlaar menghalang rembatan Shinji Kagawa dari dalam kotak penalti.
United mendapat gol kedua pada minit ke 13 apabila hasil penciptaan Wayne Rooney - penyerang yang mungkin berpindah dari Old Trafford. Penyerang antarabangsa England itu memberi hantaran tepat dari jarak jauh yang dikawal dengan baik oleh Van Persie sebelum beliau merembat bola lepas penjaga gol Aston Villa Brad Guzan.
Van Persie mencatatkan hatrik dua puluh minit kemudian hasil hantaran tepat Giggs sekali lagi. Giggs menggelecek bola ke dalam kotak penalti Aston Villa sebelum penyerang Belanda itu melepasi benteng pertahanan pasukan lawan dan menyepak masuk gol ketiga pasukannya.
Villa, yang kini hanya tiga mata di atas zon penyingkiran, tidak menyerah diri dan cuba bangkit demi menambah kepada jarak kelebihan mata yang nipis atas Wigan yang berada di tempat ke 18.
Karim El Ahmadi menggantikan Charles N'Zogbia pada masa rehat dan anak buah Paul Lambert berjaya menyekat kemajuan pasukan Red Devils.
Rentak perlawanan semakin merosot dan Villa cuba mengambil kesempatan tetapi tonggak serangan mereka agak tumpul dan gagal menguji penjaga gol United David De Gea.
Andrea Weimann merupakan pemain paling mengancam untuk pasukan pelawat tetapi tandukannya dari sepakan penjuru Ashely Westwood tersasar.
El Ahmadi kemudian melepaskan rembatan deras tetapi De Gea berjaya menepis bola keluar sebelum Kagawa melepaskan peluang keemasan lewat dalam perlawanan.
Pemain United terus meraikan kemenangan pada wisel penamat apabila menjaminkan kejuaraan ke 20 BPL dengan empat perlawanan lagi sebelum musim berakhir.
Sumber - #Foxsport

0 comments:

Post a Comment

Kawan Punya Blog

Popular Posts

crazylove69. Powered by Blogger.