Home » » Suarez Gigit Ivanovic - tidak akan dijual walaupun didenda

Suarez Gigit Ivanovic - tidak akan dijual walaupun didenda

Liverpool telah mendedahkan bahawa mereka telah mengenakan denda kepada Luis Suarez selepas beliau menggigit Branislav Ivanovic.



Penyerang antarabangsa Uruguay itu ingin memberi denda beliau kepada Hillsborough Family Support Group untuk menandakan ulang tahun ke 24 tragedi di Anfield.
"Saya telah didenda akibat tindakan saya semalam." kata pemain yang berusia 26 tahun itu.
"Saya telah minta kelab itu untuk memberi duit denda kepada Hillsborough Family Support Group dan saya ingin meminta maaf kepada penyokong Liverpool dan kepada Ivanovic."
Suarez meminta maaf melalui akaun twitternya dan laman rasmi pasukannya telah mengeluarkan kenyataan tentang kejadian itu.
"Saya minta maaf dengan kelakuan saya iu di perlawanan kami dengan Chelsea," kata Suarez.
"Saya telah meminta maaf dan telah cuba untuk menghubungi Branislav Ivanovic. Saya meminta maaf kepada pengurus saya, rakan sepasukan dan semua orang di Liverpool kerana saya telah mengecewakan mereka."
Pengarah urusan Liverpool, Ian Ayre telah membatalkan lawatannya ke Australia untuk menguruskan isu ini.
"Luis telah meminta maaf tentang kelakuannya hari ini [Ahad].
"Kelakuannya telah mengecewakan semua pemain Liverpool dan Luis sadar bahawa beliau telah megecewakan seluruh pasukannya. Kami akan menangani perkara ini sambil menunggu tindakan dari FA," kata Ian Ayre.
Pengurus Brendan Rodgers menyatakan beliau tidak nampak kejadian itu tetapi kemudian berkata: "Setelah melihat rakaman insiden itu, saya telah berkata kepada Luis bahawa kelakuannya itu tidak tidak boleh diterima."
Ini bukan kali pertama Suarez telah melakukan masalah seperti ini. Beliau pernah diharamkan bermain selama lapan perlawanan setelah mencaci kepada Patrice Evra
dan tidak lupa beliau juga telah mengigit pemain Endhoven, Otman Bakkal.
Sumber - #foxsport

0 comments:

Post a Comment

Kawan Punya Blog

Popular Posts

crazylove69. Powered by Blogger.