Home » » Falcao nafi akan ke United

Falcao nafi akan ke United

Penyerang Atletico Madrid, Radamel Falcao telah menafikan khabar angin yang mengatakan dia telah bersetuju untuk sertai Manchester United.
Minggu lalu, laporan menyatakan bahawa United hampir mengatasi Chelsea, Manchester City dan Real Madrid untuk mengikat Falcao.
Jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone menolak spekulasi tentang perjanjian dengan United dan kini Falcao telah menjauhkan diri dari sebarang spekulasi perpindahan dan mengatakan bahawa dia fokus dengan Atletico.
"Beberapa minggu ini saya telah mengelak dari sebarang khabar angin tentang masa depan saya," kata Falcao.
"Saya tidak tahu dari mana datangnya maklumat tentang saya akan ke United, itu adalah yang dilakukan oleh media.
"Saya fokus hanya pada Atletico Madrid. Saya tidak benarkan hal perpindahan memberi kesan kepada aksi saya."

0 comments:

Post a Comment

Kawan Punya Blog

Popular Posts

crazylove69. Powered by Blogger.